Pusat Permurnian Akidah Baitul Iman MAIS
“Menyediakan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling kepada Individu Serta Kumpulan Islam Yang Memerlukan Pemulihan Akidah”
- 1. Sejarah Penubuhan (Ringkas)
- 1998 – Cetusan Tan Sri Hashim Meon (S.U.K 1995-1999) diarahkan kepada Bahagian RnD, Jabatan Agama Islam Selangor – Respon kepada fatwa-fatwa ajaran sesat Jabatan Mufti Selangor 1994 2000 – Beroperasi di Kem Briged Askar di atas Bukit Ulu Yam – Perjawatan 3 Pegawai JAIS 2005 – Perubahan struktur pentadbiran dari JAIS ke MAIS 2010 – Perpindahan Operasi sementara ke 2 buah unit Kuarters JKR, Kuala Kubu Bharu 2012 – Perpindahan Bangunan baharu di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam (21/9/2012) Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman merupakan Pusat Pemulihan Akidah dan akhlak (sosial) yang menempatkan pelatih lelaki. Pusat ini beroperasi di sebahagian Lot 8789 Jalan Sungai Tua,Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, Hulu Selangor. Ianya memberikan perkhidmatan pemulihan kepada golongan yang terlibat dengan gejala sosial dan permasalahan akidah sama ada secara sukarela atau perintah mahkamah.
- 2. Fungsi
- Menguruskan perkhidmatan perlindungan bimbingan, pemulihan Rawatan Spiritual Islam (Modul Istitabah) dan kaunseling kepada individu dan kumpulan umat Islam yang memerlukan Pemulihan Akidah dan Akhlak serta menguruskan kewangan peruntukan sumber zakat (Riqab), merancang melaksana dan memantau aktiviti pentadbiran am di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Bharu
- 3. Objektif
- “ Menyediakan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling kepada Individu Serta Kumpulan Islam Yang Memerlukan Pemulihan Akidah ”
- 4. Syarat Kemasukan
- Perintah Mahkamah : a. Waran / Perintah daripada Mahkamah Syariah b. Tiada Had Umur; dan c. Tempoh kemasukan mengikut arahan yang telah ditentukan oleh Mahkamah Syariah Sukarela : a. Warganegara Malaysia dan mestilah beragama Islam b. Mestilah seorang lelaki; c. Anak Selangor kecuali dengan kebenaran Setiausaha MAIS / Pengarah Pembangunan Sosial Jika pelatih luar negeri : a. Ibu bapa atau salah seorang dari mereka adalah kelahiran anak Selangor; dan b. Kes berlaku di dalam negeri Selangor; c. Telah bermastautin di Selangor 6 bulan atau lebih; d. Individu bukan berasal dari Selangor atau anak kepada pasangan berasal dari Selangor atau kes tidak berlaku di Selangor perlu mendapat kelulusan daripada Setiausaha MAIS / Pengarah Sektor Pembangunan Sosial; e. Berumur 13 tahun ke atas kecuali dengan kebenaran Setiausaha MAIS / Pengarah Sektor Pembangunan Sosial; f. Sihat dari segi fizikal; g. Tiada masalah dan rekod kesihatan mental (Psikiatri); h. Pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan yang diiktiraf (Doktor); i. Kemasukan 6 bulan sahaja; j. Waktu Penerimaan kemasukan hanya pada hari bekerja (08.00 pagi – 05.00 petang) kecuali kes-kes kecemasan yang berkaitan; k. Membuat surat Akuan Sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang berdaftar; dan l. Penjaga membuat laporan polis di mana-mana Balai Polis
- 5. Program Yang Disediakan
- i. Aktiviti Penerapan Suasana Amalan Islam ii. Program Pengukuhan Akidah, Ibadah dan Akhlak iii. Kuliah Agama dan Fardhu Ain iv. Rawatan Spiritual Islam v. Kaunseling (Individu, Kelompok dan Keluarga) vi. Kemahiran Diri vii. Program Hari Kebesaran Islam viii. Program yang Membentuk Jatidiri dan Shasiah Muslim
- 6. Alamat
- Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman Majlis Agama Islam Selangor Lot PT 8789 Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, Hulu Selagor, Selangor Darul Ehsan.