INTEGRITI MAIS

INTEGRITI MAIS

Rasuah bukanlah suatu perkara asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kesalahan jenayah rasuah yang sering dilaporkan di dada-dada akhbar semakin membimbangkan sekali gus membuktikan bahawa isu ini tidak seharusnya dipandang remeh.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah badan berautoriti yang diamanahkan untuk menguruskan dana dan harta umat Islam dalam negeri Selangor telah membangunkan Pelan Antirasuah MAIS 2024-2026 menunjukkan bahawa komitmen MAIS memastikan pentadbiran agama Islam Selangor sentiasa berintegriti dan bebas dari sebarang gejala rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan tuntutan palsu yang boleh memberikan reputasi dan prestasi buruk kepada MAIS.

Semoga dengan pelaksanaan pelan ini akan memberi impak positif kepada penyampaian perkhidmatan MAIS khususnya kepada Masyarakat Islam di Selangor dan semua pemegang taruh yang berkepentingan terhadap MAIS.

POLISI-POLISI INTEGRITI MAIS

  • HUBUNGI KAMI

    Pelan Antirasuah MAIS (PARMAIS) merupakan satu dokumen antirasuah di peringkat agensi bagi menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam menjalankan kewajipan dan fungsi MAIS yang dinyatakan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

  • MAKLUMBALAS

    Dasar Konflik Kepentingan ini adalah bagi menjelaskan tatacara pengurusan Konflik Kepentingan dan mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan imej dan reputasi MAIS sebagai pihak berkuasa utama yang membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Negeri Selangor kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan.

  • TERMA DAN SYARAT

    Polisi ini sebagai panduan kepada Pegawai MAIS berhubung tindakan yang sewajarnya diambil jika menerima sebarang betuk hadiah atau cenderahati yang berkait dengan tugasan rasmi.

  • INTEGRITI MAIS

    Polisi Perlindungan Data Peribadi (“Polisi”) ini menjelaskan dasar MAIS berhubung dengan penggunaan dan perlindungan Data Peribadi pelanggan MAIS. Bagi maksud Polisi ini, “pelanggan MAIS” termasuk pelanggan perkhidmatan atau produk MAIS, pembekal, penyewa premis MAIS atau mana-mana orang lain yang menjalankan urusan dengan MAIS.

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Polisi Perlindungan Data Peribadi (“Polisi”) ini menjelaskan dasar MAIS berhubung dengan penggunaan dan perlindungan Data Peribadi pelanggan MAIS. Bagi maksud Polisi ini, “pelanggan MAIS” termasuk pelanggan perkhidmatan atau produk MAIS, pembekal, penyewa premis MAIS atau mana-mana orang lain yang menjalankan urusan dengan MAIS.

  1. Pengumpulan Data Peribadi
  2. Persetujuan
  3. Tujuan pemprosesan Data Peribadi
  4. Tujuan pemasaran dan promosi
  5. Pendedahan kepada Pihak Ketiga
  6. Akses, permintaan pembetulan dan siasatan
  7. Keselamatan Data Peribadi
  8. Pautan ke laman web pihak ketiga
  9. Tempoh penyimpanan Data Peribadi
  10. Perubahan Polisi

Untuk akses, pembetulan atau pertanyaan berkenaan Data Peribadi, e-mel [email protected].