BANTUAN GUAMAN & KONSULTASI PERUNDANGAN

BANTUAN GUAMAN SYARIE

Perkhidmatan sebagai Peguam Syarie yang bertindak mewakili pemohon yang berkelayakan bagi kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor.

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Negeri Selangor
  • Jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun) mestilah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
  • Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
  • Lulus temuduga penilaian wajar

Jenis-jenis kes yang diwakili

  • Permohonan cerai biasa
  • Cerai fasakh
  • Cerai khul’ (tebus talaq)
  • Cerai ta’liq
  • Pengesahan lafaz cerai
  • Pengesahan lafaz ruju’
  • Poligami (hanya mewakili defendan sahaja)
  • Nusyuz
  • Wali hakim
  • Wali enggan
  • Faraq nikah
  • Pengesahan nikah
  • Pengesahan sah taraf anak
  • Tuntutan nafkah anak
  • Tuntutan tunggakan nafkah anak
  • Tuntutan ubah perintah nafkah anak

BORANG PERMOHONAN

Senarai semak di Lampiran A dan Borang Permohonan Khidmat Guaman Syarie di Lampiran B.