PENGAMANAHAN

DEFINISI AMANAH

Amanah diertikan sebagai sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga yang merangkumi harta benda, kehormatan diri, hak-hak manusia dan agama. Dalam konteks pengamanahan, ia adalah perihal atau perbuatan mengamanahkan.

DALIL PENSYARIATAN AMANAH

Al-Quran — Surah An-Nisa’: 58

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (Surah An-Nisa’: 58)

Al-Hadis

Hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أدِّ الأمانةَ إلى مَنِ ائتمنَكَ، ولا تخُنْ مَن خانَكَ

Yang bermaksud: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang engkau percaya (untuk menunaikan amanah kepadanya), dan jangan khianati orang yang telah mengkhianatimu.” (Riwayat Abu Daud)

PERKHIDMATAN PENGAMANAHAN DI MAIS

MAIS menawarkan tiga jenis perkhidmatan pengamanahan.

Amanah Sedekah adalah perkhidmatan yang diwujudkan kepada mana-mana umat Islam untuk melantik MAIS selaku pemegang amanah untuk disampaikan kepada penerima manfaat sedekah.

BIDANG KUASA MAIS SEBAGAI PEMEGANG AMANAH

MAIS berbidang kuasa sebagai pemegang amanah selaras di bawah peruntukan Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka si mati.”

MAIS melalui Baitulmal mempunyai bidang kuasa di bawah Seksyen 81(2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003: “Baitulmal hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak terletak hak pada Majlis.”

Di bawah Seksyen 89, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf (am atau khas), semua nazr am, dan segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong atau memajukan agama Islam, bagi harta yang terletak di dalam Negeri Selangor.

KENAPA PERLU MELANTIK MAIS SELAKU PEMEGANG AMANAH?

  • MAIS boleh dilantik sebagai pemegang amanah berdasarkan undang-undang syariah di Malaysia;
  • Dokumentasi Peramanahan adalah langkah terbaik sekiranya berlaku musibah dan bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari; dan
  • MAIS berkepakaran dalam melaksanakan arahan amanah serta mempunyai akses kepada institusi agama Islam dalam negeri Selangor.

PERMOHONAN DAN PELAKSANAAN PENGAMANAHAN

Sektor Baitulmal, Majlis Agama Islam SelangorTingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5514 3773 / 3772 · Faks: 03-5512 4042 · E-mel: [email protected]