HIBAH

DEFINISI HIBAH

Pemberian sesuatu harta oleh seseorang kepada orang lain secara sukarela semasa hayatnya tanpa balasan (‘iwad). Hukum asal hibah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima hibah, dan oleh itu pembatalan hibah tidak boleh dilakukan.

DALIL PENSYARIATAN HIBAH

Al-Hadis — Berlaku Adil

Daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اتَّقوا اللهَ، واعدِلوا بين أولادِكم

Yang bermaksud: “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t., dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu.” (Riwayat al-Bukhari)

Al-Hadis — Menarik Balik Hibah

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فإنَّ العائدَ في هبتِه كالكلبِ يعودُ في قيئِه

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Riwayat al-Bukhari)

RUJUKAN HIBAH

  • Pemberi hibah
  • Penerima hibah
  • Barang yang dihibah
  • Sighah (lafaz akad hibah)

KENAPA MEMBUAT HIBAH DI MAIS?

  • Pihak berkuasa agama Islam

    MAIS ialah pihak berkuasa utama agama Islam di Negeri Selangor di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

  • Selaras Hukum Syarak

    Penyediaan Dokumen Perisytiharan Hibah dilaksanakan selaras dengan Hukum Syarak dan undang-undang sedia ada.

  • Pelaksanaan oleh MAIS

    MAIS berbidang kuasa dan berkepakaran menyediakan perkhidmatan penyediaan dokumen dan pelaksanaan hibah.

PERMOHONAN DAN PELAKSANAAN HIBAH

Sektor Baitulmal, Majlis Agama Islam SelangorTingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5514 3773 / 3772 · Faks: 03-5512 4042 · E-mel: [email protected]