HARTA PUSAKA

DEFINISI HARTA PUSAKA

Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.

DALIL PENSYARIATAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Al-Quran — Surah An-Nisa’: 11

Firman Allah SWT:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ

Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.” (Surah An-Nisa’: 11)

Al-Hadis

Daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَلْحِقُوا الفَرائِضَ بأَهْلِها، فَما بَقِيَ فَهو لأوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Yang bermaksud: “Hendaklah kamu berikan fardu-fardu kepada ahli-ahlinya, apa yang berbaki maka untuk lelaki yang lebih utama.” (Riwayat al-Bukhari)

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Islam menetapkan kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan sebagai faraid. Ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia yang meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak, setelah diuruskan kos pengebumian, hutang si mati dan wasiat.

  • Termasuk dalam harta pusaka

    • Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
    • Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
    • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
    • Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
    • Simpanan KWSP berpenama / tiada penama;
    • Penama Takaful; dan
    • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hidup.
  • Tidak termasuk harta pusaka

    • Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah;
    • Khairat kematian;
    • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian;
    • Imbuhan, pampasan dan sagu hati;
    • Pencen terbitan; dan
    • Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO).

WARIS-WARIS DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka dibahagikan kepada waris lelaki dan perempuan.

  • Waris lelaki

    • Anak lelaki
    • Cucu lelaki (daripada anak lelaki)
    • Bapa
    • Datuk (bapa kepada bapa)
    • Saudara lelaki seibu sebapa
    • Saudara lelaki sebapa
    • Saudara lelaki seibu
    • Anak saudara lelaki
    • Bapa saudara
    • Sepupu lelaki
    • Suami
  • Waris perempuan

    • Anak perempuan
    • Cucu perempuan (daripada anak lelaki)
    • Ibu
    • Nenek
    • Saudara perempuan seibu sebapa
    • Saudara perempuan sebapa
    • Saudara perempuan seibu
    • Isteri

RUJUKAN HARTA PUSAKA

  • Si mati — orang yang diwarisi hartanya selepas kematian;
  • Waris — orang yang berhak menerima pusaka; dan
  • Harta — apa-apa kepunyaan si mati yang boleh diwarisi.

KEDUDUKAN BAITULMAL DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Baitulmal mewarisi harta pusaka apabila si mati tidak meninggalkan sebarang waris yang berhak, atau apabila terdapat baki harta selepas bahagian waris fardu diagihkan dan tiada waris asabah. MAIS melalui Baitulmal mempunyai bidang kuasa di bawah Seksyen 81(2), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

PERMOHONAN MENGURUS PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Sektor Baitulmal, Majlis Agama Islam SelangorTingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5514 3773 / 3772 · Faks: 03-5512 4042 · E-mel: [email protected]