KAFFARAH

DEFINISI KAFFARAH

Kaffarah dinamakan sedemikian kerana ia menutup dosa dan diberikan keringanan oleh Allah SWT. Dari segi istilah syarak, kaffarah adalah menunaikan kewajipan berbentuk harta atau tubuh badan disebabkan meninggalkan sesuatu perintah atau melakukan sesuatu larangan.

DALIL PENSYARIATAN KAFFARAH

Al-Quran — Surah Al-Ma’idah: 89

Firman Allah SWT:

فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ

Yang bermaksud: “…maka kaffarahnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada makanan yang sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka.” (Surah Al-Ma’idah: 89)

Al-Hadis

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن حَلَفَ علَى يَمِينٍ، فَرَأَى غَيْرَها خَيْرًا مِنْها، فَلْيُكَفِّرْ عن يَمِينِهِ، ولْيَفْعَلْ

Yang bermaksud: “Sesiapa yang bersumpah (untuk melakukan sesuatu), kemudian dia berpendapat bahawa keadaan sebaliknya lebih baik daripada melakukan sumpah itu, maka hendaklah dia membayar kaffarah sumpahnya dan melakukan yang lebih baik itu.”

HIKMAH PENSYARIATAN KAFFARAH

  • Menjadi penyebab bagi pesalah untuk bertaubat;
  • Meringankan bebanan rasa bersalah kerana melakukan maksiat; dan
  • Mengingatkan agar manusia tidak boleh mengambil mudah dengan peraturan dan hukum-hukum-Nya.

HUKUM MEMBAYAR KAFFARAH

Semua bentuk kesalahan yang melibatkan kaffarah WAJIB ditunaikan mengikut ketetapan bagi setiap kesalahan. Ini kerana semua kesalahan tersebut telah dinyatakan oleh nas mutawatir daripada al-Quran dan al-Hadis.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN KAFFARAH

Orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari bulan Ramadan dikenakan kaffarah iaitu berpuasa selama dua bulan berturut-turut atau jika tidak mampu berpuasa hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

KADAR BAYARAN KAFFARAH

Persetubuhan siang Ramadan · Zihar
60 fakir miskin
Berpuasa dua bulan berturut-turut, atau jika tidak mampu, memberi makan 60 orang fakir miskin.
Sumpah · Nazar · Ila’
10 fakir miskin
Memberi makan 10 orang fakir miskin, atau memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin.

Gunakan Kalkulator Kaffarah MAIS untuk menaksir jumlah kaffarah anda.

PROSEDUR MEMBAYAR KAFFARAH DI MAIS

Sektor Baitulmal, Majlis Agama Islam SelangorTingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5514 3773 / 3772 · Faks: 03-5512 4042 · E-mel: [email protected]