FIDYAH

DEFINISI FIDYAH

Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah.

DALIL PENSYARIATAN FIDYAH

Al-Quran — Surah Al-Baqarah: 184

Firman Allah SWT:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Yang bermaksud: “…dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (Surah Al-Baqarah: 184)

Al-Hadis

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

HIKMAH PENSYARIATAN FIDYAH

  • Sebagai bentuk penebusan terhadap ketidaksempurnaan dalam melakukan sesuatu ibadah yang menyebabkan pelakunya berdosa;
  • Sebagai jalan keluar yang disediakan oleh Islam bagi mereka yang menghadapi masalah dalam melakukan ibadah; dan
  • Sebagai rukhsah (keringanan) bagi mereka yang tidak mampu melaksanakan ibadah secara badaniyyah dengan menggantikannya dalam bentuk maliyyah.

HUKUM FIDYAH

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan kesihatan tubuh badannya.

KADAR DAN PENGIRAAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) × (Tahun gandaan) × (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar fidyah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020, bersidang pada 17 Rabi’ul Awal 1442H bersamaan 3 November 2020, memutuskan bahawa kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah 1/4 daripada zakat fitrah yang dibayar.

Kadar zakat fitrah 1446H / 2025M

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2024, bersidang pada 21 Oktober 2024, menetapkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7.00 bagi setiap orang Islam yang wajib membayar zakat di Negeri Selangor.

Gunakan Kalkulator Fidyah Puasa MAIS untuk mengira jumlah fidyah anda.

PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH DI MAIS

Sektor Baitulmal, Majlis Agama Islam SelangorTingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5514 3773 / 3772 · Faks: 03-5512 4042 · E-mel: [email protected]