Berita MAIS

MAIS AGIH RM4 JUTA FIDYAH WANG SAKU PELAJAR, BANTU 8,000 PELAJAR SEKOLAH

SHAH ALAM, 13 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan sebanyak RM4 juta melalui agihan fidyah wang saku pelajar kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selaku Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) bagi membantu 8,000 pelajar sekolah yang kurang berkemampuan di seluruh negeri Selangor. Simbolik penyerahan agihan fidyah wang saku pelajar MAIS disempurnakan oleh Pengarah Kanan Sektor Ekonomi dan Pembangunan Sosial MAIS, YBhg. Dr Hajah Norraini Nordin, dalam Majlis Pelancaran Program Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar Tahun 2026 di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3, di sini, hari ini. Daripada keseluruhan peruntukan tersebut,...